ANKARA - Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz pada Rabu meluluskan solat tarawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam, dalam usaha untuk membendung Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut kenyataan Dewan Yang Dipertua Penjaga Dua Masjid Suci pada hari ini, tarawih mulai minggu ini di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dipendekkan dan tanpa kehadiran jemaah awam.