Wisma Putra anggap pelantikan Abdul Hadi tepat pada waktunya

Iklan
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan pertama dengan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Putra di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah tepat pada waktunya serta berupaya membantu Wisma Putra menjayakan pelbagai agenda khususnya berkaitan rantau tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berbekalkan pengalaman dan pengaruh yang Abdul Hadi miliki, ia akan dapat memastikan hubungan diplomatik Malaysia dengan rakan negara di sana terus utuh dan berkekalan.

Iklan
Iklan

"Di pihak Wisma Putra, tumpuan sekarang adalah memudahcara urusan kepulangan rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara disebabkan sekatan perjalanan dan penutupan ruang udara oleh kerajaan negara yang mereka diami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini selepas pertemuan pertamanya dengan Abdul Hadi selepas dilantik menjadi Duta Khas ke Timur Tengah pada 2 April lalu.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin berkata, Wisma Putra juga perlu menjayakan hasrat kerajaan untuk mengenal pasti mana-mana negara yang mempunyai penyelidikan saintifik dan pembangunan vaksin terbaik seterusnya memastikan Malaysia menjadi negara terawal memperoleh vaksin tersebut.

Iklan

"Selain itu, kami turut membincangkan bagaimana tanggungjawab kami berdua berupaya memperkasa peranan Malaysia di Timur Tengah khususnya dalam menghadapi cabaran situasi geopolitik yang tidak menentu termasuk yang terkini ialah penularan wabak Covid-19," katanya.

Iklan