Talian Pertiwi dapat sambutan warga Wilayah Persekutuan

Iklan
ANNUAR

KUALA LUMPUR - Talian Pertanyaan Menteri Wilayah Persekutuan (Pertiwi) mendapat sambutan meluas daripada warga Wilayah Persekutuan apabila ketika ini lebih 200 daripada pertanyaan dan aduan disalurkan melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, lebih 100 daripada aduan dan pertanyaan tersebut bagaimanapun di luar kementeriannya, namun pihaknya akan turut memberi perhatian sambil memberitahu perkara tersebut telah pun dirujuk kepadanya untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengajukan pertanyaan menggunakan talian Pertiwi walaupun daripada banyak pertanyaan itu, lebih daripada 100 luar bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan tapi itu pun kita berikan perhatian juga setakat mana kita dapat laksanakan," katanya melalui siaran langsung di Facebook hari ini.

Pada 19 April lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan talian Pertiwi khusus untuk semua warga Wilayah Persekutuan bermula hari ini.

Iklan

Annuar berkata, talian itu diwujudkan bagi memudahkan sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan pentadbiran agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Orang ramai khususnya warga Wilayah Persekutuan yang mempunyai pertanyaan dan aduan boleh berhubung terus melalui aplikasi WhatsApp ke talian Pertiwi di nombor 013-6806666 dan 0136887777.

Iklan