SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta kerjasama semua pihak supaya hanya pasangan yang ingin memohon kebenaran khas majlis akad nikah sahaja menghubungi jabatan itu.
Unit Korporat JAIS dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sejak permohonan kebenaran khas majlis akad nikah dibuka pada Isnin lepas, jabatan berkenaan menerima kadar panggilan sangat tinggi daripada orang awam mengenai perkara tidak berkaitan.