Rakyat Palestin tentang keganasan terhadap wanita

Iklan
Sekurang-kurangnya 11 wanita Palestin telah terbunuh akibat keganasan rumah tangga tahun ini. - Foto Al Jazeera

PALESTIN - Keganasan rumah tangga terhadap wanita Palestin meningkat sejak perintah berkurung dilaksanakan di negara tersebut.

Menurut Al Jazeera, sejumlah rakyat Palestin telah menyatakan solidariti mereka terhadap wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan memukul periuk dan kuali sambil mengibarkan sepanduk buatan mereka sendiri.

Iklan
Iklan

Solidariti pada Isnin itu juga menunjukkan wanita dan lelaki berdiri di tingkap dan balkoni mereka di seluruh wilayah Palestine bagi memberikan penerangan mengenai nasib mangsa terlibat.

Tal’at, sebuah gerakan feminis politik bebas yang menganjurkan kempen tersebut juga berkata, seramai 11 wanita Palestin telah terbunuh akibat keganasan rumah tangga tahun ini.

Iklan

"Daripada jumlah tersebut, lima daripada kematian yang terjadi adalah sejak pelaksanaan perintah berkurung awal Mac lalu," katanya.

Daripada jumlah lima tersebut katanya, empat daripadanya meninggal dunia kerana luka akibat senjata.

Iklan

Seorang aktivis Tal’at, Soheir Asaad berkata, ramai yang menganggap kuarantin adalah selamat di rumah, namun bagi segelintirnya, ia adalah ‘neraka’ buat mereka.

Sementara itu, Assiwar, sebuah badan bukan kerajaan berkata, jumlah panggilan diterimanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini meningkat sebanyak 30 peratus.

Persatuan Wanita Pekerja Palestin untuk Pembangunan (PWWSD) juga melaporkan peningkatan sama apabila talian bimbingan kaunselingnya menerima 924 panggilan antara 22 Mac dan 15 April.