Andalusia biasa bawa 15,000 jemaah

Iklan
Datuk Md Daud Che Ngah

SHAH ALAM - Seramai kira-kira 15,000 rakyat Malaysia mengerjakan umrah pada bulan Ramadan setiap tahun melibatkan enam hingga tujuh penerbangan sehari menggunakan perkhidmatan agensi umrah Andalusia.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, rata-rata jemaah yang mengerjakan ibadah tersebut ke kota suci menyatakan mahu mendapatkan pahala berlipat kali ganda.

Iklan
Iklan

"Memang setiap tahun kira-kira 12,000 hingga 15,000 rakyat Malaysia akan gunakan agensi kami untuk mengerjakan umrah dan berpuasa di Makkah dan Madinah. Kalau diikutkan untuk tahun ini (2020), tempahan yang diterima ialah sekitar 16,000 orang.

"Namun semua sedia maklum, kerajaan Arab Saudi telah menutup sementara Masjidil Haram daripada sebarang aktiviti ibadah," katanya.

Iklan

Berkongsi pengalaman di Makkah sepanjang bulan Ramadan, menurutnya, jemaah di sana hanya memfokuskan soal ibadah dan mahu mengejar ganjaran pahala.

"Di Makkah penuh dengan suasana ibadah di mana orang membaca al-Quran dan mengerjakan solat secara berjemaah.

Iklan

"Satu lagi apabila berada di sana, perkara berkaitan duniawi itu ditinggalkan jauh dengan kebanyakan masa dihabiskan di masjid,” katanya.

Menurutnya, soal pembaziran makanan pada bulan Ramadan di sana juga tidak berlaku kerana masing-masing hanya memikirkan soal ibadah.

"Saya tertarik dengan cara masyarakat di sana melayani orang yang berpuasa di mana golongan kaya akan menempah beberapa tempat makan untuk jemaah umrah berbuka puasa,” katanya.