'Alahai comelnya rambut baru Ainul'- Dr Amalina

Iklan
Dr Amalina Che Bakri.(Foto kanan) Gaya potongan rambut Ainul Mardhiah.

SHAH ALAM - Bayi yang pernah menarik perhatian rakyat Malaysia kerana mengalami ketumbuhan seberat 200 gram di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini sudah sihat dan semakin aktif.

Gambar Ainul Mardhiah yang kini berusia 19 bulan dikongsi pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri.

Iklan
Iklan

Dr Nur Amalina bertanggungjawab mengatur pembedahan bayi itu di London, tidak dapat mengawal perasaannya selepas menerima gambar terbaru daripada ibu kanak-kanak itu dan memuji potongan rambutnya.

"Saya terima gambar baru daripada ibu Ainul, alahai comelnya rambut baru Ainul,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya, yang mendapat lebih 37,000 tanda suka dengan pelbagai komen yang positif hari ini.

Pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi perkembangan Ainul Mardhiah di akaun Twitter miliknya.

Iklan

Dr Nur Amalina turut membuat hantaran video berdurasi 9 saat di akaun Twitternya dan menyifatkan perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik.

"Dah reti keluarkan suara, clever girl!” tulis Dr Amalina

Iklan

Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, United Kingdom pada 10 Jun tahun lalu.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Profesor David Dunaway selain bantuan pelatih pakar bedah itu.