JOHOR BAHRU - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berharap petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus menangani wabak pandemik Covid-19 menjadikan al-Quran sebagai petunjuk serta kekuatan untuk terus berbakti kepada negara.
Penyelaras Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor, Roziah Kamal berkata, bertepatan dengan slogan 'Kita Mesti Menang', pasukan barisan hadapan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi yang penting untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.