Nasihat Rafael untuk Neymar

Iklan
Neymar dikatakan mempunyai sifat besar kepala dan sering mencetuskan perangai di luar padang.

RAKAN sepasukan Neymar dalam skuad kebangsaan Brazil, Rafael menasihatkan penyerang itu supaya mengubah sikap di luar padang supaya pemain tersebut mampu kembali menyinar bersama pasukan Samba itu.

Menurutnya, sifat besar kepala dan sering mencetuskan perangai di luar padang hanya akan merosakkan karier pemain berusia 28 tahun itu.

Iklan
Iklan

Rafael bermain bersama Neymar untuk pasukan kebangsaan sejak sukan Olimpik 2012 di London dan mahu Neymar sentiasa fokus menjelang aksi penting Copa America dan Piala Dunia 2022.

"Kami memerlukan Neymar. Ia sudah pasti.Tetapi dia perlu mengubah sikapnya di luar padang kerana ia perkara penting untuk seorang pemain bola sepak.

Iklan

"Dia perlu memperbaiki dirinya di luar padang dan ia akan memastikan dia dapat melakukan yang terbaik ketika perlawanan. Saya harap dia mampu melakukannya.Jika dia berjaya, kami mempunyai peluang yang besar untuk meraih trofi," katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Neymar memainkan peranan penting dalam skuad kebangsaan Brazil, namun aksinya yang tidak konsisten mengundang kritikan banyak pihak.

Iklan

Dalam pada itu, Rafael mengakui bergelar pemain bola sepak berstatus bintang sejak usia muda mungkin memberikan tekanan kepada Neymar dan menyumbang kepada aksi tidak konsistennya di atas padang.

"Bola sepak perlu menjadi perkara utama dalam hidupnya dan ia sangat sukar. Dia mempunyai banyak perkara bermain dalam fikiran dan mungkin merasakan tidak perlu berubah untuk tampil lebih baik, tetapi dia silap.

"Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk sentiasa konsisten dan jika dia berjaya lakukannya,maka dia akan bermain jauh lebih baik. Saya tahu dia seorang pemain yang sukar dengar arahan dan ia tidak bagus untuknya.

"Neymar adalah seorang yang tidak suka menerima sesuatu yang buruk mengenainya dan sebab itu dia tidak berubah. Dia lebih suka mendengar orang berkata dia seorang magis dan hebat.

"Jika dia mampu berubah, saya yakin tiada siapa yang mampu menghentikan skuad Brazil daripada meraih banyak kejuaraan dunia," katanya.