Pasar seringgit sempena Ramadan

Iklan
Noor Azman (kanan) dan Norhizam melayan orang ramai yang mahu membeli barangan basah di Pasar Seringgit Ramadan di RUTC Klebang Besar di sini hari ini.

MELAKA TENGAH - Pembela Klebang mewujudkan pasar seringgit bagi memudahkan penduduk di Pulau Gadong membeli keperluan dengan harga murah untuk persiapan menyambut Ramadan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program yang diadakan di RUTC Klebang Besar di sini hari ini menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan

Iklan
Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan melakukan pemeriksaan suhu kepada setiap pengunjung selain menitik beratkan penjarakan sosial dan memastikan setiap orang yang datang menggunakan cecair pembasmi kuman.

Pengerusinya, Pembela Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hassan berkata, penjualan seawal jam 8 pagi itu bukan saja dikunjungi penduduk di Kampung Pulau Gadong, namun penduduk di sekitar Klebang Besar.

Iklan

Menurutnya, usaha ini memberikan kemudahan kepada mereka tetapi juga menjimatkan, sekali gus mengurangkan beban penduduk terutama mereka yang tidak dapat bekerja dalam tempoh ini.

Malah katanya, ia juga langkah bagi membantu mengurangkan kesesakan di pasar mahupun pasar raya yang sudah pasti menjadi tumpuan orang ramai membeli belah persiapan Ramadan.

Iklan

"Kita sedar sepanjang tempoh PKP penduduk sukar untuk ke pasar atau pasar raya bagi mendapatkan bekalan basah.

"Justeru kami menyediakan barangan basah seperti sayur, buah-buahan, ayam dan daging dengan harga paling murah berbanding tempat lain," katanya selepas perasmian pasar itu oleh Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Hadir sama, Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir, Datuk Seri Idris Haron dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan.

Tambahnya, pihaknya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Jabatan Pertanian dalam menjayakan program itu.

Sementara itu Norhizam berkata, melihat kepada sambutan yang meriah beliau bercadang untuk meluaskan lagi Pasar Seringgit Ramadan di beberapa lokasi tumpuan di negeri ini.

Menurutnya, sebagai permulaan, Pasar Basah Terkawal akan diadakan minggu depan di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pengkalan Batu.

"Ini salah satu inisiatif yang membantu rakyat terjejas kerana PKP dan kerajaan negeri sememangnya akan menyokong usaha yang memudahkan rakyat seperti ini lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan Ramadan," katanya.

Pada program itu, pelbagai jenis sayur dijual dengan harga RM1 seikat, jagung (RM1 sebiji) selain ayam daging (RM10 seekor) dan daging segar (RM29 sekilogram).