Jangan bazir elektrik! Guna secara berhemah ketika PKP

Iklan

PENGUMUMAN diskaun elektrik berperingkat oleh kerajaan kepada pengguna domestik dalam pakej rangsangan ekonomi berikutan penularan virus Covid-19 bukan bererti pengguna boleh bermewah-mewah.

Penggunaan elektrik secara berhemah perlu diteruskan bagi mengelak pembaziran sekali gus mengoptimumkan manfaat diskaun.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, penggunaan elektrik di kediaman pasti meningkat kerana isi rumah menggunakan elektrik lebih kerap atau lebih lama berbanding kebiasaan.

Peningkatan sebenar penggunaan elektrik ini hanya akan diketahui selepas berakhirnya pelaksanaan PKP kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) menangguh sementara pembacaan meter dan menggantikannya dengan bil anggaran bagi mematuhi arahan PKP.

Iklan

Diskaun berperingkat untuk pengguna domestik diumumkan Perdana Menteri selama enam bulan bermula 1 April 2020, sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan bagi mengurangkan beban rakyat selepas PKP diperkenalkan pada 18 Mac lalu dan disambung lagi sehingga 28 April 2020.

Diskaun diberi mengikut jumlah berbeza iaitu:

Iklan
- Diskaun 50 peratus kepada pelanggan domestik/kediaman bagi penggunaan elektrik hingga 200 kWj sebulan.
- Diskaun 25 peratus bagi penggunaan elektrik antara 201 hingga 300 kWj sebulan.
- Diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik antara 301 hingga 600 kWj sebulan.
- Diskaun 2 peratus bagi penggunaan elektrik melebihi 600 kWj sebulan.

Bagi mendapatkan diskaun yang optimum, pengguna perlu menggunakan elektrik secara berhemah. Pengguna boleh mengimbangi keperluan menggunakan peralatan elektrik dengan selesa tanpa pembaziran menerusi beberapa tip mudah.

6 cara jimat elektrik

1. Tutup semua pintu, tingkap dan lubang edaran udara ketika menggunakan pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik. Pasang kipas untuk sejukkan hawa bilik agar suhu pendingin hawa dapat dilaraskan lebih tinggi (contohnya, antara 24 ke 26 darjah Celcius).

2. Bersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan proses penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.

3. Elak mencuci pakaian menggunakan air panas, melainkan perlu dan guna mesin basuh dengan muatan penuh.

4. Kurangkan penggunaan pengering pakaian. Ambil kesempatan cuaca panas untuk keringkan pakaian secara semula jadi.

5. Tanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Jangan biarkan

peralatan elektrik seperti kipas dibiarkan terpasang di dalam bilik yang kosong.

6. Jika menggunakan alat pemanas air ketika manid, kurangkan masa mandian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah penggunaan tenaga yang berhemah dan bijak, layari https://www.mytnb.com.my.

Untuk sebarang urusan transaksi, pengguna dinasihatkan guna kemudahan dalam talian, seperti menerusi portal dan aplikasi myTNB.

Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine.

Layanan dan tindakan sewajarnya akan diambil TNB.