PKPD dilaksana tanpa pengumuman untuk elak ada individu lari

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan sekitar Pasar Borong Selayang dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat bagi mengelakkan insiden ada individu lari dari kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi mengelakkan individu yang melarikan diri tersebut menyebarkan koronavirus (Covid-19) kepada orang lain sekiranya mereka positif.

Iklan
Iklan

"Kalau kita ingat di Selangor Mansion ada dua individu melarikan diri dan mereka sebenarnya positif Covid-19.

"Kita terpaksa menggunakan polis untuk menahan mereka. Jika dibiarkan di luar sana mereka akan menjangkiti lebih ramai orang,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan
Menurutnya, bagi mereka di kawasan PKPD yang mempunyai masalah kesihatan dibenarkan untuk dijaga.

"Kita minta mereka untuk berunding dengan pegawai kebajikan yang ditempatkan di kawasan PKPD. Sebenarnya di kawasan tersebut kita ada pusat operasi dan bukan setakat pegawai kebajikan sahaja yang ada, tetapi ada pegawai kesihatan,” katanya.

Ditanya mengenai bantuan makanan kepada mereka yang berada di kawasan PKPD dibiayai oleh kerajaan, Ismail Sabri berkata, untuk rakyat Malaysia di kawasan tersebut ia ditanggung oleh kerajaan.

Iklan