Sindiket curi kabel tumpas

Iklan
Shamsul Amar Ramli

KLANG - Sindiket aktif mencuri kabel tumpas dengan penangkapan lapan lelaki dalam serbuan berasingan di Pulau Indah dan Pandamaran, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tangkapan bermula 17 April sehingga Isnin lalu dibuat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Iklan
Iklan

"Seramai lapan lelaki berusia 31 hingga 40 tahun termasuk seorang warga Indonesia berjaya diberkas.

"Polis merampas dua guni berisi gelung dawai kabel tembaga dan dawai aluminium serta satu gelung besar kabel aluminium berwarna hitam yang dianggar bernilai RM50,000," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati sindiket tersebut aktif mencuri kabel sejak dua minggu lalu.

Katanya, polis percaya mereka aktif melakukan curi kabel pada waktu malam. Kabel yang dicuri kemudian dibawa ke tempat pembuangan sampah untuk proses mengeluarkan kabel terbabit.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.