Hati-hati urus mayat Covid-19: Noor Hisham

Iklan
Dr Noor Hisham. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan petugas pengendali mayat pesakit koronavirus (Covid-19) berhati-hati kerana bimbang dijangkiti.

Ia berikutan penemuan virus pada permukaan kulit mayat pesakit wabak itu.

Iklan
Iklan

"Kalau kita tidak teliti dalam pengurusan mayat, ia boleh menjangkiti orang yang menguruskannya," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan, hasil bedah siasat terhadap mayat pesakit Covid-19 mendapati virus itu turut terdapat di dalam cecair badan termasuk organ dalaman.

Iklan

Menyentuh mengenai pesakit yang berada dalam rawatan di hospital, beliau berkata, lebih 80 peratus daripadanya terdiri daripada tahap satu iaitu tidak bergejala dan tahap dua yang mempunyai gejala ringan.

"Walaupun ada negara lain yang tidak meletakkan mereka (tahap satu dan dua) di hospital tetapi KKM merawat mereka di fasiliti kesihatan sehingga benar-benar sembuh dan pulih," katanya.

Iklan

Setakat jam 12 tengah hari ini, sebanyak 5,603 kes positif Covid-19 di negara ini dengan jumlah aktif yang masih dirawat hanya 1,966 kes.