Calon PH cemari PRK dengan politik wang?

Iklan
Bastien Onn

SEGAMAT - Penghakiman yang dibuat berhubung kerusi Parlimen Cameron Highlands sebelum ini sehingga menyaksikan keputusan PRU14 lalu di kawasan tersebut dibubarkan jelas menyatakan sebarang bentuk transaksi wang adalah salah walau untuk apa tujuan sekalipun.

Exco Pemuda Umno Malaysia, Bastien Onn berkata, disebabkan wujudnya politik wang juga menyebabkan kerusi yang dimenangi oleh BN di Parlimen Cameron Highlands terpaksa dibubarkan dan dipaksa untuk menghadapi PRK yang dijadual pada 26 Januari ini.

Iklan
Iklan

"Petisyen yang dibawa oleh PH ke Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini memberi ruang untuk semua pihak supaya tidak mengulangi kesalahan serupa. Ini telah menjadi pengajaran kepada BN, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya kepada PH.

"Persoalannya, apakah yang ingin ditegakkan apabila PH yang sebelum ini kononnya membantah politik wang pula mengulangi perkara yang sama dan tidak menjadi suatu kesalahan pula pada kali ini?" katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Bastien yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Segamat berkata, beliau turut menggesa pengundi di Cameron Highlands menggunakan peluang semasa PRK ini untuk menghakimi kerajaan PH menerusi peti-peti undi.

Katanya, kuasa rakyat harus mengatasi kuasa mahkamah yang diputuskan sebelum ini untuk dijadikan alat PH menambah kerusi di Parlimen.

Iklan

"BN sudah menerima hukuman mahkamah dengan hati yang terbuka, sekaligus menerima apa yang terjadi sebagai satu pengajaran dan sekarang sudah tiba masanya calon PH ini menerima penghakiman rakyat dan membuktikan bahawa kuasa rakyat boleh mengatasi keputusan mahkamah.

"Pengundi Cameron Highlands mempunyai ruang untuk membuktikan kenyataan ini dan kita juga tidak mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap tidak adil kerana memang terdapat bukti jelas kempen calon PH ini dicemari dengan politik wang," katanya.

Bastien berkata demikian sebagai, mengulas penularan gambar seorang wanita yang memakai baju PH di media sosial yang didakwa cuba merasuah Orang Asli di Cameron Highlands.