Penghantar makanan perlu jujur deklarasi saringan Covid-19
Iklan
Mohd Fauzi (kiri) mengacau bubur lambuk ketika melancarkan Jualan Khas Menjelang Ramadan Pasar Segar Terkawal di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sungai Petani di sini hari ini.
SUNGAI PETANI - Penghantar makanan harus jujur melengkapkan borang deklarasi saringan penyakit koronavirus (Covid-19) selain mematuhi syarat ditetapkan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Mohd Fauzi Mustaffa berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan jika maklumat diberikan adalah palsu serta gagal mematuhi syarat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mana-mana penghantar makanan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan juga boleh berdepan tindakan pihak berkuasa memandangkan pemantauan sentiasa dijalankan.
"Setakat ini, kita menerima 30 permohonan dari penghantar makanan sekitar daerah ini yang ingin melakukan tugas sepanjang Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Iklan
"Bagaimanapun, kebenaran adalah terhad bagi urusan pergerakan ke lokasi premis makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan yang hanya meliputi 10 kilometer dari alamat perniagaan didaftarkan," katanya.
Beliau ditemui ketika melancarkan Jualan Khas Menjelang Ramadan Pasar Segar Terkawal di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sungai Petani di sini hari ini.
Iklan
Mohd Fauzi (dua dari kiri) ketika hadir melancarkan Jualan Khas Menjelang Ramadan Pasar Segar Terkawal di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sungai Petani di sini hari ini.
Katanya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang MPSPK iaitu www.mpspk.gov.my yang dibuka bermula 23 hingga 26 April ini.
Pemohon dikehendaki memuat turun dan mengiri borang deklarasi saringan penyakit Covid-19 dan dengan lengkap dan jujur.
Menurutnya, kelulusan akan diperoleh melalui e-mel yang didaftarkan selepas permohonan lengkap diterima manakala kad kebenaran boleh dicetak sendiri dan dibawa bersama ketika menghantar makanan.
Sementara itu, penjual daging, Muhammad Firdaus Md Rashid,31, berkata, sejak PKP dikuatkuasakan, pergerakan dihadkan menyebabkan peniaga perlu beralih arah menjalankan urusniaga melalui dalam talian.
"Saya sendiri memulakan tugas menghantar daging lembu dan ayam kepada pelanggan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
"Tindakan dilakukan MPSPK sangat efektif kerana bukan sahaja memberi peluang peniaga untuk terus berniaga, malah orang ramai juga dapat membeli dengan cara penghantaran ke rumah tanpa perlu keluar," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam