Dakwaan tidak cukup makan bohong!

Iklan
Petugas sedang menguruskan agihan bantuan makanan kepada penduduk.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam yang dilaksanakan serta-merta Isnin lalu menyebabkan penduduk tidak sempat membuat persediaan stok bekalan untuk Ramadan esok.

Bagaimanapun, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Fasa 3 Taman Seri Murni, Sabri Ahmad berkata, keadaan PKPD di kawasannya tenang dan tidak berlakunya masalah tidak cukup makan sebagaimana didakwa.

Iklan
Iklan

"Ada yang mengadu tidak makan itu adalah satu pembohongan. Ada dalam kalangan mereka yang buat aduan itu telah diberikan bantuan semasa PKP beberapa hari sebelum PKPD dilaksanakan.

"Tidak dinafikan ada keluhan masalah untuk bekalan bahan mentah untuk lauk dan perkara itu saya panjangkan kepada JKM untuk bekalkan makanan dalam tin," katanya.

Iklan
Suasana PKPD di Pusat Bandar Utara. foto: Sharifudin Abdul Rahim.

Terdahulu, terdapat dakwaan penduduk tidak makan susulan pelaksanaan PKPD dilakukan serta-merta bermula Isnin lalu bagi kawasan Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur termasuk Seri Murni.

Sementara itu, penduduk Fasa 3 Taman Seri Murni, Mohd Azlan Ismail turut memberitahu, keadaan di PKPD tidaklah seteruk seperti didakwa memandangkan bantuan makanan telah diterima sejak hari kedua.

Iklan
MOHD AZLAN

"Semua penduduk diberikan nasi bungkus pada hari kedua dan keperluan asas semalam yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun katanya, edaran bahan mentah termasuk beras, tepung dan minyak diterima semalam disifatkan terlalu asas dan terhad untuk kegunaan ahli keluarga.

"Kita faham konsep PKPD itu dan tidaklah kita minta makanan mewah, cukup untuk keperluan seperti bawang, telur atau sardin pun memadai untuk dibuat lauk.

"Macam saya alhamdulillah, ada juga beli barang sehari sebelum PKPD dapatlah digunakan untuk stok dua atau tiga hari.

Gelagat penduduk PKPD yang sempat dirakam jurukamera. Foto: Sharifudin Abdul Rahim.

"Kalau saya tahu PKPD akan dilaksanakan, sudah tentu saya beli lebih," katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lalu memaklumkan Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur membabitkan lapan parcel termasuk Taman Seri Murni dikenakan PKPD hingga 3 Mei ini.