Ibu bapa perlu ada kemahiran tangani emosi anak-anak

Iklan
Wacana Sinar Harian Siri 168 bertajuk PKP: Terjejaskah Emosi Kanak-Kanak yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian.

SHAH ALAM - Pengerusi IKRAMTeens, Mohd Fadhli Othman berpendapat ibu bapa perlu mempunyai kemahirkan dalam menangani emosi anak-anak mereka khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, emosi adalah sesuatu yang sangat subjektif dan ibu bapa perlu berada bersama-sama dengan anak-anak untuk mengetahui emosi mereka selain memperolehinya melalui pembacaan secara teori.

Iklan
Iklan

"Jadi ibu bapa bukan sahaja perlu berada bersama mereka bahkan meletakkan diri masing-masing bersama dengan anak-anak untuk mengetahui apa yang mereka rasa, apa yang mereka perolehi, kenapa mereka marah dan mengapa mereka suka dengan sesuatu aktiviti.

"Kalau kita lihat pada minggu pertama PKP, ramai ibu bapa memberikan anak-anak pelbagai gajet sehingga mereka leka dengan gajet yang memiliki fungsi lengkap dengan tiga perkara iaitu visual, audio dan kinestatik," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Wacana Sinar Harian Siri 168 bertajuk PKP: Terjejaskah Emosi Kanak-Kanak yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian petang semalam.

Selain Mohd Fadhli, wacana tersebut turut menampilkan Pakar Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa, Fauziah Sirat manakala Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Fadhli berkata, gangguan ketika ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak juga menyebabkan mereka tidak mendapat keseronokan sebagaimana diperoleh daripada gajet.

Katanya, selain itu gajet juga mempunyai pelbagai tarikan seperti warna dan pelbagai cara yang menghiburkan.

"Justeru, ibu bapa perlu menjadi seperti gajet yang mana semua elemen yang ada pada gajet itu perlu diterapkan seperti visual, audio dan kinestetik ketika bersama dengan anak-anak di rumah.

"Ini secara tidak langsung kita boleh mengenali emosi anak-anak sekali gus membolehkan kita mengetahui apa yang anak kita suka dan melakukan aktiviti sebagaimana yang mereka mahukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadhli berkata, perkara-perkara itu bukan sahaja salah satu proses melatih anak-anak, tetapi juga kepada ibu bapa untuk menjadi sebagai seorang pendidik di rumah sekali gus mampu mengetahui emosi mereka.

Katanya, walaupun gajet bukan salah satu medium utama untuk mendidik anak-anak, namun kita perlu menerima pembelajaran secara online kerana ia telah ditetapkan oleh pihak berwajib sepanjang pelaksanaan PKP.

"Maka ibu bapa perlu bijak menyusun aktiviti anak-anak mereka ini agar emosi mereka minat dengan apa yang disediakan.

"Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi penekanan terhadap pembelajaran secara tidak langsung di rumah seperti mencuci pinggan, kemas bilik tidur, bersihkan tandas dan sebagainya dalam mempertingkatkan lagi nilai insani anak-anak yang secara tidak langsung akan mencerminkan ibu bapa mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadhli turut menyifatkan PKP sebagai masa yang terbaik buat ibu bapa untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak.

Katanya, bagi golongan bapa ini adalah masa terbaik untuk menjadi ‘role model’ kepada anak-anak kerana Ramadan tahun ini mereka sendiri akan menjadi imam kepada keluarga berbanding sebelum ini.

"Kalau selama ini anak kita pergi solat tarawih, bapa orang lain yang jadi imam, tetapi bermulanya malam ini bapa mereka sendiri yang akan menjadi imam solat sunat tarawih,” jelasnya.