10 premis perniagaan tiada lesen diarah tutup

Iklan
Antara premis yang diperiksa kakitangan Jabatan Undang-Undang MPK dalam operasi semalam.

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan sebanyak 10 premis menghentikan perniagaan masing-masing kerana beroperasi tanpa lesen semalam.

Operasi dijalankan oleh Jabatan Undang-Undang MPK di sekitar kawasan Taman Sri Sementa, Sementa Utama, BT. 4, 5 1/2, 5 3/4 (Jalan Kapar), Kampung Perepat, Taman Perepat Permai, Jalan Keretapi Lama, Taman Klang Utama dan Klang Perdana.

Iklan
Iklan

Menerusi kemas kini di laman Facebook rasmi, MPK berkata, secara keseluruhannya, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas 33 premis bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan ditetapkan khususnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Semua peniaga yang menerima arahan dari MPK telah memberikan kerjasama yang baik dalam operasi itu," katanya.

Iklan

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP sehingga 12 Mei depan dalam usaha bagi memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Dalam pada itu, MPK berkata, pihaknya turut menasihati semua peniaga supaya menyediakan cecair pembasmi kuman, menjaga penjarakkan sosial dan jumlah pelanggan dalam satu masa.

Iklan

"Selain itu, pelanggan juga perlu memakai topeng muka sewaktu berada dalam premis perniagaan," katanya.