SOUTHPORT - Seorang jururawat di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menerima nota dengan berbaur kemarahan mendakwa dia mendatangkan bahaya kepada penduduk di Southport, Merseyside, England.
Menurut Mirror, jururawat itu berasa sedih setelah menerima surat layang ketika mengasingkan diri di pangsapuri keluarganya.
Penduduk mempertikaikan tindakannya pulang ke rumah keluarganya meskipun menjadi petugas barisan hadapan membendung wabak koronavirus (Covid-19).
Catatan nota itu memberitahu kebanyakan penduduk sudah berusia dan berisiko dijangkiti Covid-19.
Mereka berkata, jururawat itu telah mengundang risiko jangkitan Covid-19 kepada orang tua, kanak-kanak dan sepatutnya dia yang petugas barisan hadapan lebih mengetahuinya.
Bapa jururawat itu mengatakan bahawa nota itu membuat anak perempuannya berasa sangat sedih.
Dia terpaksa berpisah dengan suami, anak-anak ketika bertugas dan sebelum tiba di sini, doktor mengesahkan dia bebas Covid-19 dan sihat.
Kata bapanya, anak perempuan itu mempertaruhkan nyawanya setiap hari di hospital dan tidak memeluk anak-anaknya selama hampir tiga minggu.
"Apabila, dia dapat cuti pendek, dia memutuskan untuk melihat anak-anaknya dan 'bersih' daripada wabak Covid-19," jelasnya.