Petugas PBT di Johor dapat RM300 insentif bulanan PKP

Iklan
Ayub Jamil

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor memutuskan sebanyak RM300 akan diberikan kepada petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) barisan hadapan sebagai insentif khas bulanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil berkata, pembayaran kesemua insentif ini memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 juta selama tempoh tiga bulan PKP dilaksanakan dari Mac hingga Mei ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, insentif ini akan diteruskan sekiranya PKP dilanjutkan sebagai penghargaan kepada 1,681 petugas dari 16 PBT seluruh negeri ini.

"Kerajaan Negeri Johor mengambil berat kebajikan dan jasa petugas barisan hadapan (frontliner) PBT yang telah bertungkus-lumus memantau serta menguatkuasakan ketetapan badan kerajaan ini sepanjang PKP berjalan sejak 18 Mac lalu.

Iklan

"Oleh yang berkenaan, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk memberikan insentif khas kepada anggota-anggota barisan hadapan PBT ini yang mana telah terlibat secara langsung menguruskan pemutusan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, untuk kriteria penerimanya, insentif tambahan anggota barisan hadapan PBT Johor ini akan diberi kepada semua gred jawatan di bawah Skim Inspektor Kesihatan/Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasa (Pegawai Penguatkuasa dan Pembantu Penguatkuasa).

Iklan

Jelasnya, insentif khas ini akan diberikan kepada mana-mana pegawai atau kakitangan majlis yang diberi kuasa atau diperakukan oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua secara bertulis untuk melakukan tugas sepanjang sebagai tempoh PKP.