Covid-19: Sweden catat lebih 2,000 kematian, kes naik mendadak

Iklan
Seramai 16,755 orang di Sweden didapati positif koronavirus (Covid-19) dengan 751 kes baharu direkodkan antara Rabu dan Khamis manakala angka korban berjumlah 2,021.

STOCKHOLM - Seramai 16,755 orang di Sweden didapati positif koronavirus (Covid-19) dengan 751 kes baharu direkodkan antara Rabu dan Khamis manakala angka korban berjumlah 2,021, lapor agensi berita Xinhua.

Kenaikan mendadak itu disebabkan peningkatan jumlah saringan Covid-19 yang diadakan oleh petugas perubatan, kata pakar epidemiologi Anders Wallensten pada taklimat harian.

Iklan
Iklan

"Kami tidak melihat adanya penurunan," kata Wallensten sambil memberi amaran, pandemik masih belum selesai dan menggesa semua rakyat Sweden untuk terus duduk di rumah.

Pada sidang media sama beliau turut mendedahkan jangkaan waktu puncak jangkitan ditetapkan pada 8 April dan bukan 15 April seperti yang dikatakan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Di Stockholm 26 peratus penduduk kemungkinan akan dijangkiti menjelang 1 Mei, jumlah itu agak rendah berbanding anggaran sebelum ini," kata Wallensten. - Bernama