MACHIGAN - Seekor anjing yang mencuri gigi palsu saiz gergasi milik tuannya bertukar lucu apabila gigi itu secara tidak sengaja 'terpakai' pada giginya di Michigan, Amerika Syarikat.
Menurut The Sun, ahli psikologi, Ben Campbell meletakkan gigi palsu di atas meja sebelum anjing bernama Yorkshire Terrier Thomas menggonggong dan ia 'melekat' pada giginya.
Thomas berlari dari tuannya apabila dikejar dan mahu menyorok 'permainan' baharu itu.
Ben yang berasa lucu melihat Thomas seolah-olah tersenyum dan mempunyai gigi bersaiz besar ketawa terbahak-bahak melihat anjingnya itu.
Dalam nada ketawa, Ben berkata:"Thomas, apa yang kamu lakukan? Thomas? Apa yang kamu lakukan?"
Gelagat lucu Thomas itu yang dimuat naik di laman sosial turut mencuri perhatian netizen.
Dalam rakaman itu, Thomas sedang senyum dengan gigi 'raksasa' yang terkeluar dari mulutnya ketika dia memandang ke arah tuannya.
Sejak itu video tersebut ditonton lebih 12,200 tontonan dan rata-rata netizen terhibur dengan keletah Thomas.