MyTOWN lancar kempen lawan Covid-19

Iklan
Antara barang keperluan yang telah disumbangkan kepada petugas barisan hadapan sebagai sokongan melawan penularan Covid-19.

KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah MyTOWN di sini mengajak rakyat Malaysia bersatu melawan koronavirus (Covid-19) menerusi kempen #StrongerTogether dan #MalaysiaBoleh.

Kempen membawa mesej positif dan kata semangat itu menggunakan platform media sosial Instagram @mytownkl dan Facebook @MyTOWNShoppingCentre.

Iklan
Iklan

MyTOWN dalam satu kenyataan berkata, beberapa inisiatif dilakukan dalam usaha menyumbang kepada komuniti dan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"MyTOWN bersama Pusat Ikano, IKEA dan lebih 80 penyewa premis menyumbang barang keperluan bernilai RM30,000 kepada petugas barisan hadapan di sebanyak 10 hospital.

Iklan

"Kami turut bekerjasama dengan Rentokil Initial untuk mengedarkan cecair pembasmi kuman dan minuman percuma kepada penghantar makanan yang mengambil pesanan dari MyTOWN,” memetik kenyataan itu di sini semalam.

Edaran sanitizer kepada penghantar makanan yang berurusan di MyTOWN.

Kenyataan itu menyebut, MyTOWN Little Helper digunakan bagi memaparkan barangan keperluan penting termasuk produk penjagaan diri dan makanan di media sosial dalam memupuk amalan penjarakan sosial.

Iklan

"Turut dikongsikan adalah amalan pembangunan diri dengan #StrongerTogether untuk diamalkan dalam rutin harian termasuk bersenam dan memasak makanan sihat,” kata kenyataan itu.