Kerana topeng muka RM90...

Iklan
Tertuduh ketika tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tampin.

TAMPIN - Gara-gara RM90, seorang mekanik dikenakan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Tampin hari ini berhubung pertuduhan penipuan dalam penjualan topeng muka.

Ng Wing Ken, 29 mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Majistret, Tan Chai Wei.

Iklan
Iklan

Dia didakwa dengan curangnya menolong menyembunyikan wang RM90 yang telah dimasukkan oleh Fiffa Muzzarint Musa, 41 ke dalam akaun Hong Leong Bank miliknya dan didakwa melakukan kesalahan itu pada 9.20 malam, 22 Mac lalu di Taman Suria, Tampin.

Pertuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, pengadu pada 21 Mac lalu tertarik dengan iklan topeng muka oleh tertuduh di Facebook, yang dijual dengan harga RM30 sekotak.

Pengadu kemudian membeli tiga kotak topeng muka dan membuat bayaran RM90 ke dalam akaun Hong Leong Bank tertuduh pada keesokannya, namun menyedari ditipu apabila topeng muka dijanjikan tidak dihantar.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fuad Ramlan.