PEMAIN Tengah Manchester City, Ilkay Gundogan adalah salah seorang pemain bola sepak Eropah yang turut meraikan kedatangan Ramadan pada tahun ini.
Namun, dia turut mengakui sambutan ibadah puasa pada tahun ini agak berbeza memandangkan dunia sedang dilanda wabak koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
Pemain kelahiran Jerman itu juga turut menasihatkan semua umat Islam di seluruh dunia berada dalam keadaan selamat selain menjaga diri dan sentiasa berada di rumah.
"Selamat menyambut bulan Ramadan. Di situasi yang sukar ketika ini, kita tidak boleh berkumpul bersama seperti biasa (bertarawih dan berbuka puasa) namun kita tetap bersama dalam semangat.
"Sentiasa berada di rumah dan jaga keselamatan. Ramadan kareem," katanya dalam video Instastory di laman instagramnya, semalam.