Pelajar IPT dibenar pulang bermula 27 April: Ismail Sabri

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pelajar Institusi Pengajian Tnggi Awam (IPT) dan Swasta (IPTS) yang terkandas di kampus atau mereka yang menyewa di luar kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan menghantar pulang pelajar terbabit bermula 27 April ini dengan mengehadkan waktu perjalanan bermula jam 9 malam hingga 9 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertujuan mengelakkan kesesakan teruk pada waktu siang selain dilakukan secara berperingkat dengan hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja.

"Proses penghantaran ini akan melibatkan 85 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar iaitu kira-kira 53,000 orang.

Iklan

"Ini bermakna bukan semua pelajar akan pulang kerana ada yang tidak berminat mungkin mereka akan menduduki peperiksaan selain mempunyai kemudahan internet di kampus berbanding di kampung,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Iklan