Tisu basah Alcosm lebih berkesan membasmi virus

Iklan

KUALA LUMPUR – Tisu basah merupakan produk yang menjadi pilihan kebanyakan orang untuk menjaga kebersihan tangan dan benda-benda di sekitar. Tidak terkecuali ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda sekarang ini.

Kebanyakan orang membeli tisu basah untuk membersihkan tangan dan benda-benda di sekitar mereka apabila mereka tidak memiliki air dan sabun atau hand sanitizer untuk memcuci. Tapi apakah tisu basah biasa ini sama dengan tisu basah disinfektan yang mampu membunuh virus termasuk virus Covid-19?

Iklan
Iklan

Perlu diketahui bahwa tisu basah untuk bayi atau baby wipes tidak digunakan untuk membasmi virus kerana hanya bersifat anti septik atau anti bakteria sedangkan Covid-19 itu adalah virus.

Untuk membasmi virus kamu perlu tisu disinfektan yang mengandung alkohol.

Iklan

Ini kerana tisu disinfektan adalah tisu yang mengandung alkohol (biasanya etanol) dengan kandungannya antara 45 hingga 95 peratus.

Ia sama dengan kandungan alkohol pada hand sanitizer dan sebab itulah mengapa kedua-duanya amat efektif membasmi virus.

Iklan

Justeru itu ketika penularan wabak Covid-19 masih berlaku di negara ini, Alcosm Pte Ltd memperkenalkan tisu basah dengan kandungan alkohol sebanyak 75 peratus di Malaysia.

Jenama Asia yang berpengkalan di Singapura itu merupakan syarikat pertama memperkenalkan produk tisu basah dengan kandungan alkohol 75 peratus di rantau ini.

Pengarah Urusan Alcosm Pte Ltd, Tai Zi Kang, berkata, kandungan alkohol sebanyak 75 peratus adalah yang paling optimum dalam membasmi virus.

"Pencegahan itu lebih baik dari penyembuhan. Kami mempunyai piawaian operasi yang sangat ketat dalam mematuhi saranan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memastikan kandungan alkohol di dalam tisu basah kami berada dalam lingkungan 75 peratus supaya kerja pembasmian lebih berkesan.

"Ujian makmal ke atas barang-barang peribadi seperti beg tangan dan telefon bimbit telah menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih banyak kuman daripada tempat duduk tandas.

"Oleh itu, pada saat dunia dilanda wabak COVID-19, kita ingin menjadikan kerja-kerja membasmi kuman di permukaan tangan dan barang-barang peribadi lebih mudah dengan menghasilkan tisu basah,” katanya.

Menurutnya, pengguna Asia lebih gemar menggunakan tisu basah berbanding tisu biasa.

Ia berdasarkan rekod penjualan dari pengedar syarikatnya iaitu Zupital Holdings Sdn Bhd yang telah menjual lebih dari 20,000 pek dalam masa kurang dari lima hari sejak pelancaran laman sesawangnya di www.alcosm.com pada 31 Mac lalu.

"Untuk memenuhi permintaan dari pasaran Malaysia, Alcosm Pte Ltd mengedarkan lebih daripada 500,000 pek tisu ke lebih dari 1,500 kedai serbaneka, pasar raya dan farmasi di negara ini termasuk 7-eleven, BIG Pharmacy, Caring, Jaya Grocer, Family Mart dan Watson,” katanya.

Sebelum ini, pakar penyakit berjangkit China, Li Lanjuan dalam wawancara TV China pada Januari lalu, mendakwa tidak semua pembasmi kuman alkohol berkesan membunuh virus.

"Laporan Suruhanjaya Kesihatan Nasional China menyatakan bahawa apabila berada di luar badan manusia, virus itu tidak dapat bertahan jika terdedah kepada suhu 56 darjah celcius selama 30 minit.

"Pembasmi kuman 75 peratus eter alkohol, klorin, peroksida dan lain-lain dapat mematikan virus dengan berkesan. Bagaimanapun, WHO mengesyorkan agar kita menggunakan pembasmi kuman dengan kandungan alkohol sebanyak 75 peratus,”katanya.

Zi Kang berkata, produk tisu basah keluaran Alcosm Pte Ltd adalah yang terbaik untuk membasmi kuman.

Katanya, syarikatnya itu turut mengutamakan keselesaan dan kemudahan pengguna dalam pembuatan tisu basah itu.

Maklumat lanjut boleh layari laman web Alcosm di sini