Bapa mengaku bersalah cuba sumbang mahram, miliki video lucah

Iklan
Tertuduh (depan) dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM- Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, berhubung pertuduhan cuba melakukan sumbang mahram, mencabul kehormatan, mencederakan anak perempuannya dan memiliki video lucah.

Lelaki berusia 46 tahun itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan yang masing-masing dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Sabri Ismail dan Majistret, Tuan Erry Shahriman Nor Aripin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya berumur 21 tahun di sebuah rumah di Shah Alam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3776(B)(1) yang boleh dibaca bersama Seksyen 511 Akta sama.

Iklan

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa cuba melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan terhadap dua anaknya berumur antara 21 dan 15 tahun, antara November 2015, Januari 2017 hingga Mac 2020 juga di sebuah rumah di Shah Alam.

Kali ini dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap anak perempuannya yang berumur 17 tahun.

Pertuduhan itu di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tempoh setahun atau denda RM 2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Sementara itu bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memiliki bahan lucah atau video lucah dalam telefon bimbit.

Kali ini dia didakwa di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwaraya, Mohamad Uzair Munir tidak menawarkan wang jaminan terhadap kes cubaan melakukan sumbang mahram bagaimanapun bagi kes tersebut mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak M7,000 dengan seorang penjamin.

Bagi lima pertuduhan pula iaitu berhubung cabul, menggunakan kekerasan dan memiliki video lucah, mahkamah menetapkan jaminan keseluruhan berjumlah RM15,500 berserta syarat tertuduh melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali serta tidak dibenarkan mendekati semua mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 29 Jun depan untuk penyerahan dokumen dan fakta kes sebelum jatuh hukuman.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan mencabul seorang lagi anak perempuannya.