Covid-19: Solat sunat Tarawih di Masjid umpama tiada 'roh'

Iklan
Syeikh Kyairder menahan sebak ketika mengimamkan solat sunat Tarawih yang hanya disertai oleh ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Mukim Tok Uban.

PASIR MAS - Solat sunat tarawih malam tadi menjadi satu suasana hiba di Masjid Ar-Rahman Mukim Tok Uban yang terkenal dengan jemaah yang ramai sebelum ini.

Imam Tua masjid itu, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris berkata, solat tarawih yang dilakukan bersama sebahagian pengurusan masjid bermula sangat menyedihkan kerana tidak dapat menikmati kemeriahan malam Ramadan.

Iklan
Iklan

"Suasana tarawih di masjid tahun ini diibaratkan 'hanya ada jasad tapi tiada roh'.

"Maka jadilah seperti rumah besar yang tersergam indah, tapi sayangnya tidak berpenghuni," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Syeikh Kyairder berkata, kebiasaannya masjid akan dipenuhi jemaah termasuk kanak-kanak untuk mengerjakan solat sunat itu.

Bagaimanapun katanya, tahun ini penduduk tidak dibenarkan berjemaah dan melakukan di rumah kerana perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Iklan

"Pengurusan masjid perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuk mengamalkan penjarakkan sosial," katanya.

Menurutnya, semua jemaah juga akan merindui suasana moreh selepas solat Tarawih.

Syeikh Kyairder juga mahu penduduk terus meningkatkan ibadah beribadah dan sentiasa berdoa negara berjaya melawan Covid-19," katanya.