Bukan kerana penderaan seksual

Iklan
Gambar kenangan Raja Saiful bersama anaknya Raja Zaura Delisha.

KOTA BHARU – Bayi berusia 4 bulan yang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Selalu lalu bukan berpunca daripada penderaan seksual seperti mana tuduhan liar netizen yang tular di media sosial.

Bapanya, Raja Saiful Azhar Raja Salleh, 35, berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Perubatan Forensik HRPZ II mengesahkan punca kematian Raja Zaura Delisha Saiful Azhar akibat komplikasi usus dan dia kesal terhadap dakwaan tidak betul yang dikaitkan dengan kematian bayi itu.

Iklan
Iklan

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu meninggal dunia pada jam 8.40 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebelum dibawa ke jabatan forensik berkenaan.

"Sebelum itu, saya dan isteri dihubungi pengasuh pada jam 4.30 petang Isnin yang memaklumkan Raja Zaura Delisha tidak sedarkan diri dan kami bergegas pulang dan terus membawanya ke HUSM.

Iklan

"Tiba di hospital doktor maklum jantung anak saya tidak berfungsi menyebabkan mereka menebuk untuk memasukkan wayar sebelum Raja Zaura Delisha kembali memberi maklum balas bagaimanapun, pada jam 8.40 malam kelmarin (Selasa), anak saya disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan mangsa tidak membabitkan unsur jenayah atau penderaan seksual.

Iklan

"Polis menafikan sama sekali berita yang tular dan menasihatkan netizen tidak menyebarkan berita seumpama hingga boleh menambahkan kesedihan keluarga,” katanya.