Instafamous Ayana teruja sambut Ramadan bersama adik

Iklan
Ayana bersama adiknya kini bergelar mualaf. -Foto: Instagram Ayana

SEOUL - Personaliti media sosial dari Korea Selatan yang memulakan kerjaya di Indonesia, Ayana Moon menyambut Ramadan tahun ini dengan penuh kesyukuran apabila adik lelakinya kini memeluk Islam.

Menerusi Instagram miliknya, Ayana berkongsi momen indah bersama adiknya ketika menunaikan solat termasuk persediaan menyambut Ramadan dengan membeli barang makanan di pasar raya di Seoul.

Iklan
Iklan

"We are ready for 'OUR' first #Ramadhan together. Alhamdulillah, MasyaAllah, BarakAllah. #muslim #family #brosistime," tulis Ayana.

Ayana memeluk Islam sejak tahun 2012 mengakui keputusan yang diambil itu ditentang keluarganya.

Iklan

Namun kini ia hidup tenang kerana keluarga sudah menerima keputusan itu dan mengubah penampilannya dengan berhijab.

Iklan