PUTRAJAYA- Sebahagian daripada enam kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dipenuhi oleh negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara kriteria yang telah dipenuhi adalah jangkitan Covid-19 yang terkawal.