JAKARTA - Indonesia mencatatkan 42 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu meningkat kepada 689 kes.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif meningkat kepada 8,211 kes, iaitu tambahan 436 kes baharu.