Covid-19: PKPD Selangor Mansion rekod 39 kes baharu

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion, Kuala Lumpur merekodkan pertambahan kes positif tertinggi hari ini iaitu sebanyak 39 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes positif di kawasan itu meningkat kepada 146.

Iklan
Iklan

"Turut mencatatkan pertambahan kes positif baharu hari ini adalah di Sungai Lui, Selangor iaitu 15 kes, diikuti Pusat Bandar Utara dan Sekitar Pasar Borong Selayang iaitu lapan kes.

"Lain-lain kawasan PKPD tidak merekodkan sebarang kes positif baharu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan negeri hari ini merekodkan sifar kes baharu Covid-19.

Katanya, lapan negeri berkenaan ialah Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak,Terengganu,Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Iklan

"Negeri yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi pula ialah Selangor iaitu 1,387 kes dengan pertambahan 18 kes baharu hari ini di mana dua daripadanya adalah kes import," katanya.