Isteri-isteri mengamuk di pusat judi

Iklan
Para ibu mengamuk dan rosakkan mesin judi. - Foto Tribun News

SUMATERA - Sekumpulan wanita mengamuk di sebuah pusat perjudian gara-gara suami mereka ketagih berjudi dalam kejadian di Pekan Labuhan, Kecamatan Medan Labuhan, Kota Medan, Sumatera Utara.

Menerusi Tribun News, pusat judi itu dibuka secara terang terangan walaupun kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak koronavirus (Covid-19), ketika ini.

Iklan
Iklan

Pemilik pusat judi tersebut dikatakan bertikam lidah dengan kumpulan isteri itu kerana didakwa mengganggu urusan perniagaan di tempat berkenaan.

Berang dengan tindakan pemilik itu, kumpulan wanita itu dipercayai dibantu oleh anak-anak dan beberapa lelaki mengeluarkan mesin judi dari premis tersebut.

Iklan

Mesin judi seperti tembak ikan dan mesin 'jackpot' telah dirosakkan bahkan beberapa mesin telah dibuang ke dalam sungai.

Selain merosakkan mesin judi, premis yang dianggap sebagai tempat maksiat itu dimusnahkan dan diancam dibakar jika pihak berkaitan tidak mengambil tindakan.

Iklan

Mereka kecewa kerana premis itu melalaikan suami serta anak-anak mereka tambahan pula kini memasuki bulan Ramadan.

Sebelum ini, video para ibu itu mengamuk di pusat judi tular di laman sosial.