PKP: Polis siasat dakwaan remaja bertongkat dikasari polis
Iklan
SUNGAI PETANI - Polis akan menyiasat secara lanjut terhadap dakwaan seorang remaja yang mendakwa dikasari anggota polis ketika ditahan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 April lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan remaja berusia 19 tahun itu.
Menurutnya, antara dakwaan remaja lelaki itu, dia disumbat ke dalam but kereta polis semasa dibawa ke balai dan tidak dibenarkan menggunakan tongkat seperti nasihat doktor.
"Kita telah menerima laporan remaja terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari semalam.
"Siasatan awal mendapati remaja itu telah ditahan bersama seorang rakannya berusia 23 tahun pada jam 12.20 tengah malam di luar rumah berdekatan padang permainan dengan alasan mencari 'line' (talian) telefon.
"Remaja terbabit telah ditahan di lokap selama satu malam dan dijamin keesokan hari. Siasatan ke atas remaja ini masih berjalan dan proses pendakwaan belum dilaksanakan,"katanya.
Berhubung dakwaan salah laku anggota polis itu, Adzli berkata, pihaknya mengarahkan siasatan secara terperinci dijalankan secara telus oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berdasarkan laporan portal berita yang mengeluarkan kenyataan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), remaja terbabit yang menggunakan tongkat untuk berjalan, mengadu kesakitan dan sesak nafas ketika diarahkan masuk ke dalam but kereta polis.
Laporan itu dipetik sebagai berkata, remaja tersebut baharu sahaja menjalani pembedahan di bahagian kaki kiri.
Difahamkan, dia masih dalam proses pemulihan, yang mana atas nasihat doktor, kakinya tidak boleh menampung beban dalam masa dua bulan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam