30, 756 calon tak lulus ujian memandu di Selangor

Iklan
Nazli menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi setempat sempena Perhimpunan Bulanan JPJ Negeri Selangor di Dewan Setia, JPJ Selangor, di sini, hari ini.

SHAH ALAM - Memastikan pengguna jalan raya memiliki lesen memandu sah antara cabaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam usaha memastikan keselamatan di jalan raya kepada masyarakat khususnya di Selangor.

Pengarahnya, Nazli Md Taib berkata, ini kerana JPJ Selangor mengesan antara kesalahan tertinggi jalan raya direkodkan tahun lalu di negeri itu adalah tiada lesen memandu dan pihaknya kini menjalankan kajian bagi mengenalpasti punca mereka tidak mengambil inisiatif untuk mempunyai lesen memandu sah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan temubual terhadap pengguna jalan raya mereka memberikan alasan tidak mempunyai masa untuk menjalani ujian memandu.

"Pengguna jalan raya boleh atur masa dengan institut memandu dan mereka boleh tentukan masa mereka nak ambil ujian. Kalau rancang dengan baik sepatutnya tidak timbul isu ini.

Iklan

"Kalau kita nak sentuh dari segi peperiksaan, peratus kelulusan tinggi di Selangor ini, ramai boleh lulus. Kita akan membuat kajian bagi mereka yang gagal lebih dari tiga kali ujian dan kenal pasti faktor utama kegagalan berkenaan," katanya sempena Perhimpunan Bulanan JPJ Negeri Selangor di Dewan Setia, JPJ Selangor, di sini, hari ini.

Untuk rekod, sepanjang 2018, seramai 127,046 berdaftar untuk diuji di mana hanya 92,053 calon yang lulus. Dari jumlah berkenaan, 30, 756 calon gagal mendapatkan lesen dan bakinya 4,238 tidak hadir ujian.

Iklan

Secara keseluruhannya, pada tahun lalu, JPJ Selangor mengeluarkan 510,329 notis dan menunjukkan penurunan jumlah notis dikeluarkan berbanding tahun sebelumnya iaitu 514,882.

Nazli berkata, penurunan berkenaan menunjukkan kempen advokasi dan penguatkuasaan melalui kehadiran anggota JPJ di jalan persekutuan serta lebuhraya di negeri ini dapat menjadikan pengguna jalan raya lebih patuh kepada undang-undang jalan raya.

"JPJ akan terus melakukan kerjasama dengan pihak sekolah bagi mengadakan program advokasi membabitkan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah.

"Selalunya kesalahan tak ada lesen, tak pakai topi keledar, naik dua ke tiga orang. Kita akan bagi nasihat atau minta kerjasama sekolah untuk memanggil ibu bapa untuk diberikan taklimat.

Menurutnya, sekiranya kesalahan berkenaan masih berulang, tindakan akan diambil.