Covid-19: Bomba lancar tabung bela nasib penduduk kampung terjejas

Iklan
Pihak bomba menyampaikan sumbangan kepada golongan terjejas akibat pandemik Covid-19.

MARANG - Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur melancarkan Tabung Akademi Prihatin bagi membantu penduduk kampung yang terjejas akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Komandan Akademi Bomba Wilayah Timur, Abdul Khair Osman berkata, inisiatif itu diambil bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh para pengawai dan anggota bomba.

Iklan
Iklan

Katanya, sebanyak 120 hingga 130 bungkusan berupa barangan keperluan asas berjaya diagihkan kepada penduduk kampung hasil sumbangan lebih 100 anggota di akademi itu.

"Lebih 100 kekuatan di akademi ini menyalurkan sumbangan peribadi mereka bernilai RM15,000 bagi membeli barangan keperluan asas untuk diserahkan kepada penduduk kampung yang memerlukan.

Iklan

"Program ini dilaksanakam sempena Ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini masih dikuatkuasakan.

"Dengan sumbangan ini kita harap ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan dan menggembirakan penduduk kampung sempena bulan Ramadan ini," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berakata, kerjasama dijalinkan dalam mengagihkan sumbangan itu dapat memastikan ia sampai kepada golongan sasar.

"Kerjasama begini amat baik kerana ia dapat memastikan bantuan sampai terus kepada golongan sasar,"'katanya.