Harap tindakan positif menteri

Iklan
Pertemuan Persatuan Pemandu Van Kuala Lumpur dan Selangor bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemandu Van Kuala Lumpur dan Selangor berharap pertemuan bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini memberi impak positif terhadap masa depan pemandu berkenaan.

Melalui pertemuan berkenaan mereka turut mencadangkan pelaksanaan E-Hailing yang membenarkan membawa 12 penumpang dan ke atas, pelaksanaan permit individu bagi milikan van persiaran dan kelayakan 'driver guide'.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Simon Sim berharap hasil perbincangan perbincangan berkenaan mendapat tindakan sewajarnya.

"Kita turut berharap Bantuan Prihatin Nasional melibatkan golongan pemandu bas, van dan pemandu pelancong," katanya melalui kenyataan hari ini.

Iklan

Simon berkata, bantuan berkenaan disifatkan mengabaikan kebajikan dan kepentingan pemandu bas, van dan pemandu pelancong.

Menurutnya, pengumuman itu bercanggah dengan prinsip yang disebut Perdana Menteri iaitu 'no one will be left behind'.

Iklan

Terdahulu, 30 Mac lalu, Persatuan Pemandu Van Kuala Lumpur dan Selangor melahirkan kekecewaan dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.