Masjid Temerloh Jaya anjur aktiviti online

Iklan
Masjid TJ memanfaatkan teknologi untuk mengimarahkan masjid itu sepanjang Ramadan dalam tempoh PKP.

TEMERLOH - Masjid Temerloh Jaya tetap mengimarahkan bulan Ramadan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti secara dalam talian.

Pengerusinya, Dr Abdullah Ismail berkata, aktiviti yang dikendalikan biro-biro serta badan naungan masjid berkenaan sekurang-kurangnya dapat mengubati kesayuan para jemaah untuk beribadah di bulan Ramadan berikutan suasana yang berbeza bagi sambutan bulan mulia itu tahun ini susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Untuk mengimarahkan sambutan Ramadan kali ini, kita gunakan platform dalam talian untuk menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya tadarus al-Quran dan tazkirah dalam tempoh lima minit oleh saya sendiri. Sesi tazkirah ini telah dijalankan sebelum Ramadan lagi dan diteruskan sepanjang bulan mulia ini supaya hubungan antara jemaah berterusan," katanya kepada Sinar Harian.

Nama masjid berkenaan menjadi terkenal selepas tular di media sosial mengenai jumlah jemaah yang menunaikan solat Subuh dengan seramai kira-kira 800 orang dalam satu masa dan setiap hari.

Iklan
Iklan

Katanya, sumbangan khas keperluan berbuka tetap disalurkan kepada golongan memerlukan sepanjang Ramadan ini.