Galas tiga amanah dalam satu masa

Iklan
Juliana memeriksa pemandu pada sekatan jalan raya dii Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur.

BUKAN senang membahagikan masa antara tugasnya sebagai seorang pegawai polis, ibu kepada dua cahaya mata dan pada sama perlu menyiapkan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Meskipun kepenatan memantau dan menyelaras sekatan jalan raya selama 12 jam tanpa henti, namun Asisten Superintendan Juliana Jamak tetap gigih melaksanakan tanggungjawab yang diberikan apatah lagi memikul tanggung jawab sebagai seorang petugas barisan hadapan di kala negara bergelut dalam kancah wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Mengakui ia menuntut 1,001 pengorbanan, Juliana berkata, beliau sentiasa memastikan apa jua tindakannya tidak akan menjejaskan peranannya yang lain.

Anak kelahiran Taiping, Perak itu berkata, beliau perlu bijak mencuri masa biarpun terpaksa menyiapkan tugasan di tepi jalan.Siapkan tugasan di tepi jalan Mengakui cabaran yang perlu dihadapi ketika bertugas sepanjang 12 jam sehari, Juliana perlu mengambil inisiatif lain untuk menyudahkan latihan yang diberi secepat mungkin.

Iklan

Lebih mengagumkan apabila sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, anak bongsu daripada empat beradik ini sudah menyiapkan dua tugasan yang diberikan.

"Saya kena pandai ambil masa terluang, biarpun di tepi jalan di sekatan lalu lintas dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan
Juliana (kiri) memberi taklimat kepada anggota yang bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Paling mencabar Juliana berkata, ketika hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur yang kadang-kala disusuli dengan angin kencang, kilat serta guruh.

Komputer riba perlu dipangku ke lokasi yang lebih selamat memandangkan ia merupakan hartanya paling ternilai.

Juliana yang berasal dari Taiping Perak ini berkata, terdapat segelintir masyarakat sengaja tidak mematuhi undang-undang.

Di sebalik kelembutan wajah wanita berusia 37 tahun itu, Juliana sentiasa bertindak tegas dengan menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi PKP demi memutuskan rantaian Covid-19 ketika ini.

Juliana berkata, beliau mengalas tugas dengan penuh tanggung jawab bersama 40 anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Setibanya di rumah, Juliana akan memastikan keluarganya mendapat perhatian serta kasih sayang yang mencukupi.

Biarpun kepenatan kerana tuntutan kerja, namun beliau ini tidak akan mengabaikan tanggung jawab hakikinya.

Juliana berkata, dia akan memastikan makanan tersedia, rumah dalam keadaan bersih dan keluarganya sentiasa ceria biarpun terpaksa berkurung di rumah.

"Banyak aktiviti kami buat bersama, ada yang kami reka sendiri dan ada juga yang kami ambil daripada perkongsian di laman sosial Facebook.

"Ada hikmat di sebalik kejadian yang berlaku ketika ini, kerana kami sentiasa mencari kelainan dalam menghabiskan masa,” katanya.

Kreativiti dalam setiap aktiviti harian bukan sahaja menguatkan jalinan kekeluargaan malah menimbulkan kasih sayang yang utuh.

Juliana sentiasa berharap, masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku dari sudut positif.

Gemar memasak, mendaki Sesuai dengan perwatakannya yang lasak, wanita ini gemar dengan aktiviti seperti mendaki bersama rakan-rakan anggota polis yang lain.

Antara lokasi pendakian yang biasa dikunjungi ialah di Bukit Broga yang terletak di Semenyih hampir setiap minggu.

Ia umpama membawanya untuk menuju ke satu destinasi yang ditetapkan demi mencapai sasaran, untuk berjaya bukan sahaja sebagai seorang wanita, ibu, anggota polis dan penuntut.

Sebagaimana wanita lain, Juliana juga meminati bidang masakan dan sering mengajak dua anaknya untuk turut serta.

"Setiap kali membakar kek atau menguli donat, saya terhibur dengan gelagat anak saya yang berusia lapan dan empat tahun,” katanya.