Dikompaun RM2,500 kerana naikkan harga tong gas

Iklan
Sebuah premis runcit di Bandar Seri Putera, Kajang, dikompaun RM2,500 kerana menjual tong gas LPG di luar harga kawalan.

KAJANG - Seorang peniaga runcit di Bandar Seri Putera di sini dikenakan kompaun sebanyak RM2,500 kerana menjual tong gas petroleum cecair (LPG) di luar harga kawalan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kajang dalam satu kenyataan berkata, peniaga tidak dibenarkan menjual melebihi RM19 bagi tong gas bersaiz 10 kilogram (kg), RM22.80 untuk tong 12kg dan RM26.60 (14 kg).

Iklan
Iklan

KPDNHEP berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 196.

Selain itu, operasi berhubung penandaan harga di premis sekitar Bangi dan Pekan Kajang mengesan sebanyak lima kes membabitkan peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualan.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan nilai kompaun sebanyak RM5,000.

"Operasi ini dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga membuat penandaan harga yang jelas pada barangan yang dijual dan tidak mengambil keuntungan tidak munasabah," katanya.

Iklan

Kenyataan itu turut menyebut, KPDNHEP akan memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).