Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Besut, Masnida Mat Kudin (tengah) bersama sukarelawan memakai pelindung muka yang dibuat mereka untuk kegunaan petugas barisan hadapan sekitar daerah ini.
Dengan modal hanya RM5, sukarelawan KEMAS Besut berjaya menyiapkan sebuah pelindung muka untuk kegunaan petugas bagi memerangi COVID-19.
Ketika ditemui di Pusat Jahit KEMAS di Kampung Raja hari ini, Masnida memberitahu setakat ini sebanyak 200 pelindung muka telah berjaya dibuat dan diagihkan pihaknya kepada petugas di sekatan jalan raya (SJR). - Foto Bernama