Gempa bermagnitud 6.3 landa Papua New Guinea

Iklan

MOSCOW - Gempa berkekuatan 6.3 pada skala Richter menggegar Papua New Guinea pada Sabtu, lapor agensi berita Sputnik menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran direkodkan pada pukul 12.53 tengah hari waktu tempatan, 132 kilometer ke timur bandar Panguna di pulau Bougainville.

Iklan
Iklan

Pusat gempa terletak pada kedalaman 16.3 kilometer. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.- Bernama