Yayasan Che Mas, PPIK hulur bantuan kepada petugas HRPZ II

Iklan
Yayasan Che Mas dan PPIK menyerahkan 100 pek barang keperluan asas kepada barisan hadapan di HPRZ II di sini.

KOTA BHARU - Yayasan Che Mas dan Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menyumbangkan 100 pek barang keperluan asas kepada barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) di sini.

Pengerusi Yayasan Che Mas, Paizol Akman Awang berkata, sumbangan itu adalah salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya bagi meringankan barisan hadapan pada Ramadan kali ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif itu juga untuk menghargai mereka yang bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Semoga agihan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat. Kami di yayasan juga sentiasa bergerak menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini dan berazam untuk terus berkongsi rezeki bersama masyarakat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan itu kepada Pengarah HPRZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Hadir sama, Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr Fared Abdul Ghani dan Timbalan Pengarah Perubatan 1 HPRZ II, Dr Mohd Azman Yacob.

Iklan

Sementara itu, Dr Selasawati berkata, pihaknya amat berterima kasih di atas penyerahan sumbangan itu.

Katanya, sumbangan itu dapat memberi semangat kepada barisan hadapan untuk terus berjuang menentang Covid-19.