Malaysia perlu lebih tegas isu pelarian Rohingya

Iklan
Dr Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA TERENGGANU - Malaysia perlu mempunyai pendirian yang tegas untuk tidak lagi menerima mana-mana pelarian yang masuk ke negara ini kerana ia merupakan masalah rentas sempadan dan mengancam keselamatan serantau.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, masalah yang dihadapi Malaysia berkenaan pelarian etnik Rohingya adalah sama seperti isu pelarian Vietnam yang pernah melanda negara sehingga menjadi isu global bermula dari tahun 1975 hingga 1991.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bermula dengan keruntuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan kepada kerajaan Komunis Vietnam Utara pada tahun 1975 yang mengakibatkan ketidakstabilan politik lalu menyebabkan ramai rakyat Vietnam menjadi pelarian 'boat people'.

"Negara sekitar Vietnam telah menjadi destinasi pilihan pelarian ini, khususnya Malaysia kerana jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh. Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), seramai 252,390 orang pelarian Vietnam pernah berada di Malaysia.

Iklan

"Atas dasar kemanusiaan, kerajaan Malaysia dengan baik hati telah menempatkan pelarian ini di Pulau Bidong, Terengganu sejak tahun 1978.

"Bagaimanapun, disebabkan layanan Malaysia yang terlalu baik di samping kestabilan politik negara terjamin, pelarian ini mula mogok dan melakukan demonstrasi apabila PBB membuat keputusan mengeluarkan mereka dari Pulau Bidong untuk dihantar ke negara ketiga," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Apa yang dibimbangi katanya, sudah ada pemimpin dari kalangan Rohingya pada hari ini berani meletakkan pelbagai tuntutan yang jelas mengancam kedaulatan negara.

Najmil berkata, kerajaan perlu sedar betapa besarnya impak kemasukan pelarian ini kepada negara di mana ia akan menjejaskan kedaulatan serta keselamatan Malaysia sendiri.

"Proses penghantaran semula pelarian perlu dipercepatkan kerana semakin lama mereka tinggal di sini, mereka akan berasa makin selesa.

"Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilakukan dengan lebih tegas untuk memastikan pelarian tidak menguasai sumber ekonomi lalu merampas peluang ekonomi rakyat tempatan. Jangan sampai bumi dipijak milik orang," katanya.