Ebit Lew dipanggil Bukit Aman, Mukhriz kesal dikaitkan
Iklan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kesal apabila beliau dan pejabatnya dikaitkan isu Ustaz Ebit Lew yang telah disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman susulan laporan kononnya difailkan seorang pegawainya.
Menurutnya, beliau sama sekali tidak mengarahkan pegawainya baik pegawai pentadbiran mahupun pegawai politik di mana-mana peringkat sekalipun untuk memfailkan laporan polis terhadap Ustaz Ebit.
Iklan
Iklan
"Siasatan dalaman juga mendapati tidak ada pegawai saya, pentadbiran mahupun politik membuat laporan polis walaupun atas kapasiti peribadi.
"Pihak saya turut difahamkan polis bertindak dalam bidang kuasa yang dibenarkan untuk memanggil Ustaz Ebit memberikan apa-apa keterangan yang diperlukan bagi maksud tertentu walaupun tiada laporan difailkan.
Iklan
"Saya kesal dengan apa yang di media sosial yang mengaitkan saya dan Pejabat Menteri Besar Kedah. Dakwaan dan tohmahan itu telah mencemarkan nama saya, jawatan yang disandang dan pentadbiran kerajaan Kedah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN] - Ustaz Ebit Lew mahu 'berehat'
Mukhriz berkata, pihaknya sedang meneliti perkara ini dengan mendalam,serta menimbang tindakan perundangan ke atas pihak-pihak yang membuat tohmahan ini khususnya di laman media sosial.
Iklan
"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa pentadbiran kerajaan Kedah tidak menyekat mana-mana pihak yang membuat kebajikan demi kesejahteraan masyarakat, asalkan ia mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan termasuk peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta panduan penjagaan kesihatan bagi mengelak jangkitan koronavirus (Covid-19).
"Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, baik persatuan, badan bukan kerajaan, orang perseorangan dan dermawan seperti Ustaz Ebit yang tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Kedah," katanya.
Terdahulu, Ustaz Ebit Lew sebelum ini berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman selepas menerima laporan berhubung bantuan yang dilakukan tular di media sosial.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam