KUALA LUMPUR - Tindakan dua beranak yang mempersoalkan serta menengking polis ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Cheras pagi tadi mengundang padah apabila ditahan penguat kuasa terbabit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, anggota polis menahan dua wanita berusia 43 dan 22 tahun.
Iklan
Iklan
"Mereka memberi alasan mahu ke Pasar Pudu untuk membeli barang. Ketika diarahkan menunjukkan kad pengenalan, wanita berusia 43 tahun yang merupakan bekas sukarelawan polis itu telah meninggikan suara dan mempersoalkan tugas polis," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Tambahnya, anak wanita terbabit juga cuba menimbulkan provokasi dengan merakam kejadian terbabit menggunakan telefon bimbitnya.
Katanya, susulan tindakan kedua-dua wanita berkenaan, anggota bertugas menahan mereka untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.
Artikel Berkaitan