Indonesia sekat perjalanan laut, udara cegah Covid-19

Iklan
Larangan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena ketibaan 1 Syawal dibuat oleh pemerintah Indonesia untuk membendung penularan Covid-19.

JAKARTA - Indonesia akan menyekat sementara perjalanan udara dan laut domestik dan antarabangsa dengan beberapa pengecualian mulai minggu ini sehingga 13 Mei bagi mencegah penyebaran koronavirus (Covid-19).

Menurut Kementerian Pengangkutan negara itu, sekatan perjalanan laut berkuat kuasa sejak Jumaat lalu, sementara sekatan perjalanan udara bermula semalam bagi membolehkan beberapa penerbangan tempahan awal diteruskan.

Iklan
Iklan

"Pengangkutan kargo dikecualikan. Pengecualian lain termasuk penerbangan untuk menghantar balik rakyat Indonesia dan warga asing serta perjalanan oleh pegawai republik itu, kakitangan diplomatik dan wakil organisasi antarabangsa," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu.

Pengumuman itu dibuat ketika Ramadan bermula di negara paling ramai umat Islam di dunia itu dan kerajaan republik itu melarang acara tradisi balik kampung beramai-ramai dari bandar ke setiap wilayah ketika musim perayaan.

Iklan
Iklan

Kerajaan republik itu sebelum ini turut melarang acara tradisi tahunan balik kampung beramai-ramai rakyat Indonesia atau dikenali sebagai mudik menjelang musim perayaan terutama ketika Ramadan dan Aidilfitri.